Sunday, September 30, 2012

Kejohanan Futsal 1 Belia 1 Malaysia

:::: 29 September 2012 ::::
[9.00 a.m ~ 5.00 p.m]


tadi berlangsungnya kejohanan futsal terbuka kat Kg. Tawas, Ipoh Perak. aku dijemput untuk main team yang aku tak kenal, ni stok tangkap muat je. ade lah jugak sorang dua member yang aku kenal. main free je, makan minum semua free :D
Kesemua pasukan ada 30, dipecahkan kepada 8 kumpulan. 1 kumpulan ada 4 atau 3 pasukan.
Pagi2 lagi dah pegi dok kat gelanggang tuh, pukul 9 masuk dewan untuk majlis perasmian.
Nyanyi lagu negaraku. Pastu lagu 1 Malaysia (LKW), yg ramai orang taktau liriknye. Masa part chorus je baru gemuruh dewan tu. hahaha part yang 'kita satu bangsa kita satu negara. . . kita satu matlamat. . . ooooooooowowo' :D hahaha

Nama team aku : RPT Tawas Tambahan.
Match pun bermula pada pukul 9.15. Nak pendekkan citer, team aku menang 2 game, seri 1 game. So layak ke pusingan kedua :D


video

video
video

team aku baju merah. masa peringkat kumpulan seri 1-1.


pusingan kedua agak susah sikit lah sebab jumpa dengan ChaCha FC (B). team ni top jugak ah kat area Ipoh. terpaksalah menanggung kekalahan 1-4 dan secara otomatik tidak layak ke suku akhir. hahaha ape2 pun dapat jugak kucar kacirkan permainan ChaCha pun jadi laa.  enjoy harini penat. malam pulak ade orang belanja KFC. rezeki satu hari hehe alhamdulillah :'D

Wednesday, September 26, 2012

DotA

DotA ni ringkasan untuk Defence of the Ancient, permainan video RPG (Role Playing Game) yang ramai orang sangap main. bukan semua la. hahaha :D
Selalunya purata masa bermain pun agak lama jugak dalam 50 minit kalau 5 lawan 5.
Motif permainan ?

nak kene musnahkan ANCIENT THRONE
sounds childish yet so epic :D
Scourge Frozen Throne

Sentinel's Pokok Angsana Throne  :p
LoadScreen kemain nak gagah2 character nya -,-
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DotA ni aku start main tahun 2009 akibat pengaruh dari rakan sebaya dan kebosanan melampau. Sanggup main malam2 sampai ke pagi sampai berapa banyak round taktau ler. Selalunya main offline guna LAN, sebab kalau main online, confirm ada yg disconnected, takpun lag dan delay.
Kalau takde member nak main sekali, boleh main dengan AI (Artificial Intelligence) / Kecerdasan Buatan - pelik bunyi kalau bahasa melayu -,- 

main kat monitor lama baru nampak ANCIENT

Udin n Jimmy -____-

Paling seronok aku dgn kawan2 men dekat apartment(hostel) , tahun 2010, 2011, 2012. 
antara perkara2 yang tak dapat dilupakan :
  • main mesti nak start pukul 11 malam ke atas
  • kalau main mesti nak gaduh tak kira sama kumpulan ke tak sama ke
  • main 1 round memang takkan puas, so akan main sampai 4-5 round
  • rumah jadi riuh dengan command2 seperti
    • push top !
    • bottom missing !
    • all missing !
    • hug tower !
    • f**k you la dont ks la !
    • sh*t last hit la !
  • ada beberapa kali guard datang rumah bagi warning sebab bising sangat
  • kadang2 jiran datang marah2
  • main ni mouse click paling banyak, rasanya mencecah 1000 klik
  • bila dapat dengan geng2 noob, mesti mintak remake game, takpun buat2 disconnect 
  • akhir skali bila dah habis main agak2 dekat nak subuh tu, pergi keluar makan kedai mamak Persanjung dekat Bercham
Sekarang dah tak dapat nak merasa semua ni sebab dah tamat diploma wawawawa :'(
Ape2 pun, credit to Udin Apis Jimmy Redza Vicky Syahrul Edd Jegan
mereka semua ni Legendary Permai Dota Player :D

banner created by Jimmy ;)



Tuesday, September 25, 2012

Futsal & Medal

sejak melibatkan diri dalam sukan ni pada tahun 2010, aku ade jugak dapat medal sebab masuk pertandingan. Dulu aku tak main sangat pun futsal ni. Jadi aktif masa masuk kolej. Nasib baik ler kolej aku ade jugak budak2 yang main futsal kan. hihihi :D

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

J U L A I  2 0 1 0
Extreme Park Sunway City Tambun, Perak


Gold - 1st place

kolej aku buat tournament (tertutup), team aku terdiri dari budak2 satu apartment Permai Lake View (hostel).
  • Izthar
  • Lutfi
  • Hadi
  • Hizami
  • Faez
  • Khairuddin
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 D I S E M B E R  2 0 1 0
UniKL MSI Kulim, Kedah


Bronze - 3rd Place
masa ni aku tak main untuk team kolej sebab tersingkir masa peringkat kelayakan pusingan kedua, tapi dibenarkan untuk ikut sekali ke Kedah untuk pertandingan ni, Masiswa (Majlis Sukan Institusi Swasta) di UniKL MSI Kulim. aku jadi cameraman, dapat jugak medal. Medal of Honour :D yeayy
Pemain2 termasuk:
  • Izthar
  • Faez
  • Khairuddin
  • Zul
  • Syahmee
  • Hafiz
yang lain lupe dah namenye :p

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

F E B R U A R I  2 0 1 2
ProSport Futsal Arena Ipoh, Perak

4th Place
ni pertandingan terbuka campur yg dianjurkan oleh Diamond FC, aku dijemput main. tempat ke-4 pun ade jugak medal hahaha. ni pun main suka2 je sebab campur lelaki dan wanita. Pemain2 pun aku tak kenal sangat. :D

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1  J U L A I  2 0 1 2
Sports Planet Jalan Lahat, Perak

Silver - 2nd Place
Pertandingan futsal ni anjuran SMIOB ( St. Michael Institution Old Boys) . Aku ni dijemput oleh member, Haizan. Padahal dulu aku bukan skolah SMI, tapi Anderson School Ipoh kan. hahaha identiti aku masih lagi rahsia, ade sesetengah player je yg tau aku bukan dari SMI. Ape2 pun, enjoy jugak, dapat 2nd place tu kira power :) and yet, Anderson Tiger Roars ! :D
player termasuk:
  • Hizami
  • Haizan
  • Adam
  • Wan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

J U L Y  2 0 1 2
My Futsal Jalan Kampar, Perak

Silver - 2nd Place
pertandingan anjuran ITP (Institut Teknologi Perak), aku main dalam kumpulan SMIOB . dapat tempat ke-2, tempat pertama X-ITP ler menang kan. Team powerr :'D
Player2:
  • Hizami
  • Irfann
  • Wan
  • Azmer

ade jugak tournament lain yg takde medal sbb tak dapat 1-3rd place kan. nak wat cane. hehe. Harap2 ade lagi tournament akan datang. yeahh !


Saturday, September 22, 2012

Keseronokan di Kelantan #episod 7 - Tamat

P H A R M A C Y  D E P A R T M E N T
Di sebalik department farmasi ni yang terselindung dari kaunter pesakit luar, macam2 ragam ler pegawai2 dan staf2 kat sini. Pegawai2 ni cool termasuk la dengan bos2nya. Bila waktu lengang dalam pukul 4 petang, kadang2 kumpul kat kaunter sembang2, gurau2, gelak ketawa. hahaha :D
Keseronokan yang 'speechless' .        :'D
juling @@ hahaha

::: 5 Oktober 2011 :::

video
video
ini Kak Siti (baju hijau) dan geng2 pegawai yg RARE ! hahaha best woOoo !

haha bila free time macam ni, menyanyi pun boleh. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
J I R A N

mula2 duduk kat kejiranan Sungai Durian kat Kelantan tu, ingatkan mendap je. Alhamdulillah la jiran2 semua stok mesra. Dijemputnya makan kenduri, bukak puasa sama2. Ada jugak budak2, yg lebih kurang sebaya aku pun ada selalu ajak main futsal. Nasib lah ade court futsal, enjoy ler jugak. Court dekat pulak tu jalan kaki.

Malam2 kadang2 mereka datang ke rumah kitorang untuk main gitar. menyanyi . bercerita. hahaha terbaiklah orang Kuala Krai. Ergghhh rindu dekat mereka :')
Muzakir, Wadi, Abe. . .hok lain tu lupo doh namo :'D

motif? hahaha

meja mesyuarat :'D




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pulang

setelah berpraktikal selama 4 bulan di Kelantan, kitorang berempat pun pulanglah ke Perak. Van pun cedoi, pukul 4 pagi baru nak sampainya. Sesat jalan kate drebar tu sbb tak penah masuk Kelantan. hahaha .
Pergi meninggalkan segala kenangan di Kelantan. Pahit dan Manis.
Ade jugak kenangan pergi ke Thailand, pinjam kereta 'caretaker' bawak gi Sungai Golok. Sana barang murahhh :')
Pergi Rantau Panjang, Munduk, dan byk lagi tempat.
RINDU:
  • pakai tag biru pegi hospital
  • makan nasik kerabu pagi2, beli kat makcik jual depan umah
  • makan pisang goreng petang2
  • mngajar jiran2 main gitar malam2
  • bermain futsal bersama jiran
  • pergi dan balik hospital naik kereta pinjam
  • econjaya dan pasaraya bilal
  • menyanyi di dalam farmasi
  • makan kek hari jadi dan jamuan
  • menonton 'slide presentation' oleh pegawai
  • online dekat stor perubatan
  • main mercun kena marah dengan penghulu kampung
  • kereta yg dipandu Zhafran langgar tembok hospital lepas tu buat dono
  • keluar makan bersama staf2 dan pegawai farmasi
  • jiran jemput makan nasi durian
  • takde bekalan elektrik, bermalam dengan lilin. 
  • budak2 kecik yg datang rumah dan ckp 'abe Mi, nok pinje koputer meta nok main game'
  • kucing garfield yg ganas selalu masuk umah suka hati
kenapa terlalu banyak memori indah ini~ 
ade lagi, namun tak terungkap kerana terlampau manis kenangan itu :')
Terima kasih orang2 Kuala Krai. Bye2 Kelantan. 

'Kalau ada sumur di ladang, boleh aku menumpang mandi
Kalau sekarang dah tak dapat pandang, takpe, asalkan dekat di hati'
~Tamat pada 4 NOVEMBER 2011~

Sunday, September 16, 2012

Keseronokan di Kelantan #episod 6

Jalan-jalan Hari Raya

Syawal pun tak habis lagi, sempat lah brjalan2 dengan pegawai2 farmasi. Pergi rumah terbuka pegawai2 yang terbuka rumahnya untuk dikunjung. -,-

==17 September 2011==


K u a l a  K r a i  --  T a n a h  M e r a h  --  K o t a  B h a r u


bila aku dpt remote :D
rumah bos ! :)
happy family :')

technology bro :D
wakaf Che Yeh
sehari berjalan dari pagi hingga ke malam. malam tu singgah wakaf che yeh jap round2 tengok jersy tengok baju seluar semua benda tengok lar. dah puas round2, balik k.krai dan tidoR . hahahaha :D

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sambutan Hari Lahir

Kat farmasi HKK ni jugak ade buat sambutan hari lahir setiap satu bulan, tak silap. merasa lah dapat makan kek walaupun bukan hari jadi aku. Maka sape2 yang bertuah lahir pada bulan2 tertentu maka dapatlah merasa jamuan dan kek. dapatlah aku merasa kek hari jadi mereka yg lahir pada bulan 7, 8, 9 dan 10 . Empat bulan praktikal kat sini. weeheee :D







aku dan member ade jugak buat persembahan kat student2 KIST yg tamat praktikalnya di kala kitorg masih berpraktikal. ngehehe :D

video
'suara ku berharap' cover . the amateurs way :D

*to be continued . . . .


Wednesday, September 12, 2012

Bye-bye Klinik Kesihatan Kampar

:::::: 16 MAC 2012 ::::::

hari terakhir sebagai pelajar praktikal di Klinik Kesihatan Kampar. hari Jumaat. dekat Farmasi. tengah hari tu pergi beli KFC nak buat jamuan 'farewell party' , lebih kurang macam tu. dekat Klinik memang sibuk, pesakit sentiasa ada. Taktau lah kenapa ramai orang sakit. Aku dan rakan2 pergi beli KFC n prepare ler apa yang patut. Pegawai2 dan assistant buat koje masing2. sibuk nak melayan pesakit, nak bungkus ubat, buat panggilan, terima panggilan, terima hantaran, topup ubat. wawawa standard ler tu. :p

pukul 11.45 macam tu semua dah siap, ayam, air, kek. dalam pukul 12.30 tu ape lagi, ngappp. Doktor pun turun skali kan. hahaha terbaikk :D


K L I N I K  K E S I H A T A N  K A M P A R  ,  P E R A K

video

video

video
semua buntat perut makan ayam :D



mesin yg menyusahkan

selalu beli kacang ngan wadey kat uncle ni. :D


dengan pegawai-pegawai bertauliah :D


practice, sebelum buat konsert dekat staf2 :D
video
 ombak rindu cover. tune dgn vokal banyak lari hahaha :D

terima kasih kepada semua pegawai, miss Chan dan lain-lain, kepada pembantu farmasi, (dah lupa nama), staff seperti kak Ira, dan nurse yang telah menyediakan kek Tiramishu untuk kami. hehehe sedap :D
seronok berada di samping mereka2 yg sempoi dan sporting. yeayyy !
 ~Farewell . . . Kampar .  .


Tuesday, September 11, 2012

Keseronokan di Kelantan #episod 5

A I D I L F I T R I
~14 September 2011~

Ada jamuan raya dekat Hospital Kuala Krai ni. banyak wo makanan. Kat department farmasi ade jamuan, kat dataran kejat tempat parking kete hospital pun ade buat jamuan raya. Meriah sungguh :D
pada hari itu, semua pakai baju raya ler. ade jugak yg pakai uniform. tak best ah kan takde feel. geng2 aku semua pakai baju rayeee :D . 

H O S P I T A L  K U A L A  K R A I  ,  K E L A N T A N

bersama pegawai dan rakan2



yeah hitam putih satu set -,-
outdoor pulak
paling kanan itu kak Yuyu yg anggun :D
bersama en.Azmi (ketua pegawai farmasi), legend guitarist men lagu raya :D


artis baru :p
hari itu memang sangat seronok. kenyang pun kenyang. makan pun brapa kali pusingan daaa sampai buntat perut. hikhik :D
dapat pulak menyanyi lagu raya kan dengan bos dan staf. mereka semua cool ! rockkk !!

*to be continued . . . .