Wednesday, September 5, 2012

Keseronokan di Kelantan #episod 1

ini kisah tahun 2011 , bulan Julai, buat pertama kalinya aku pijakkan kaki di bumi darul Naim.

K E L A N T A N
kenapa warna hijau? hahaha sebab suka hati ler .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perjalanan 8 Jam

Bermulanye perjalanan dari Permai Lake View di Ulu Kinta Ipoh . Ingatkan dapat ler naik bas kolej, tapi naik van yg agak besor jugak ler, aku dgn 3 org kawan . 

S y a f i q i                                     Z h a f r a n              A s y r a f

hari sabtu patutnya brtolak pagi, tp van datang lambat. cedoi la drebar tu. penat kitorang tunggu sampai petang pukul 3 baru bertolak.
paginye itu ade beberapa kumpulan student yg dah bertolak. ada yang ke KL, Pahang, Kedah, Penang dan kemana2 je. Aku pun sempat laa bergambar .


ni Syafiqah Hassan yg snap ;)
bajet ah muka aku. haha! oke petang tu dalam pukul 3 geng aku bertolak nak ke Kelantan.
lalu ikut jalan Gerik. sebelum tu singgah kat perhentian mana entah dah lupa, singgah makan isi perut. penat duduk dalam van yg takde 'headrest' . tak boleh nak tido . adui .
lepas tu singgah dekat area Gerik plak kan, kesian drebar penat kot. singgah nak buang ayorr :D

singgah kejap. muka penat . peace ^^
drebar pun teruskan perjalanannye (drebar ni india, dia bawak anak ngan bininye teman dia) . terus ke Kelantan , cuaca pun dah gelap masa tu. senjakala. disebabkan drebar pun 1st time datang Kelantan, memang sesat laaa mula2 tu. tak jumpa2 signboard  K u a l a  K r a i.
akhirnya, sampai lah ke destinasi yang dituju. lewat jugak lah dalam pukul 10p.m lebih kot. dok rumah sewa yg boleh tahan la. simpan barang kat rumah. tido. esoknya Ahad, baru kemas segala bagai. maklumlah bawak bag airport. -_-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Pertama di Hospital Kuala Krai

pagi itu hari Isnin. semalamnya hari Ahad patutnya kerja dah tapi ye lah penat kan dapat la cuti. Kelantan ni cutinye Jumaat n Sabtu.
pagi yang indah ku tunggu 'caretaker' datang nak angkut bawak g hospital.

si zapran menunggu care taker angkut. hehe ohh rumahkuu :D
kitorang sampai di hospital dalam pukul 8 pagi lebih . pergi daftar dulu sebagai pelajar praktikal. lepas tu masuk ofis.
Hospital Kuala Krai, Kelantan.

1st time masuk ofis Farmasi, terasa sangat kekoknya. tak tahu nak buat apa. Pegawai tu suruh tunggu ketibaan bos yg pada masa tu takde kat situ. bos itu Ketua Pegawai Farmasi kat situ . setelah bos sampai kitorang berempat masuk biliknye, nak beri sedikit pendedahan dan taklimat ringkas pasal pkerjaan kami dan etika berkerja, sebagai Pembantu Pegawai Farmasi .
benda yang aku takbleh blahnye, bos tu ada cakap, ''saya nak tengok kamu semua kemas, rambut sikat elok2, saya taknak la ada yg style k-pop'', sambil memandang aku. hahaha ! rambut aku memang macam ini . oh no. 1st impression dapat pangkat k-pop . :D

lepas tu kitorang dapat lah jadual masing. sebelum tu kitorang dibawa berjalan2 di dalam ofis yg kecil comel itu. Department pun tak banyak. yang jauh dan terpisah dari bangunan Farmasi ni pun, Stor Perubatan je.


poyo sekejap je ;)

1st time tengok mende2 ni. bahagian pesakit dalam. :D
ni saje je duduk kat department inpatient. padahal tempat aku kat outpatient @@
boleh la kan, memang mula2 aku tak faham langsung ape yg pesakit2 tu sembang kan, pekat kemain loghat Kelantannye. nasib baik lah staf2 dan pegawai farmasi ni boleh ler aku faham jugak. hari pertama aku belajar ler bahasa ni, dengar dan faham. Dengar lagi, tak faham. ayoyo :D
'hidup kena belajar, kita belajar untuk hidup'
like that la. mula2 memang susah. disebabkan susah itu lah, munculnya senang di hujungnya. bagi aku, seminggu yang pertama adelah masa aku sesuaikan diri kat sini.


*to be continued . . . .



0 comments:

Post a Comment