Saturday, September 22, 2012

Keseronokan di Kelantan #episod 7 - Tamat

P H A R M A C Y  D E P A R T M E N T
Di sebalik department farmasi ni yang terselindung dari kaunter pesakit luar, macam2 ragam ler pegawai2 dan staf2 kat sini. Pegawai2 ni cool termasuk la dengan bos2nya. Bila waktu lengang dalam pukul 4 petang, kadang2 kumpul kat kaunter sembang2, gurau2, gelak ketawa. hahaha :D
Keseronokan yang 'speechless' .        :'D
juling @@ hahaha

::: 5 Oktober 2011 :::

ini Kak Siti (baju hijau) dan geng2 pegawai yg RARE ! hahaha best woOoo !

haha bila free time macam ni, menyanyi pun boleh. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
J I R A N

mula2 duduk kat kejiranan Sungai Durian kat Kelantan tu, ingatkan mendap je. Alhamdulillah la jiran2 semua stok mesra. Dijemputnya makan kenduri, bukak puasa sama2. Ada jugak budak2, yg lebih kurang sebaya aku pun ada selalu ajak main futsal. Nasib lah ade court futsal, enjoy ler jugak. Court dekat pulak tu jalan kaki.

Malam2 kadang2 mereka datang ke rumah kitorang untuk main gitar. menyanyi . bercerita. hahaha terbaiklah orang Kuala Krai. Ergghhh rindu dekat mereka :')
Muzakir, Wadi, Abe. . .hok lain tu lupo doh namo :'D

motif? hahaha

meja mesyuarat :'D




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pulang

setelah berpraktikal selama 4 bulan di Kelantan, kitorang berempat pun pulanglah ke Perak. Van pun cedoi, pukul 4 pagi baru nak sampainya. Sesat jalan kate drebar tu sbb tak penah masuk Kelantan. hahaha .
Pergi meninggalkan segala kenangan di Kelantan. Pahit dan Manis.
Ade jugak kenangan pergi ke Thailand, pinjam kereta 'caretaker' bawak gi Sungai Golok. Sana barang murahhh :')
Pergi Rantau Panjang, Munduk, dan byk lagi tempat.
RINDU:
  • pakai tag biru pegi hospital
  • makan nasik kerabu pagi2, beli kat makcik jual depan umah
  • makan pisang goreng petang2
  • mngajar jiran2 main gitar malam2
  • bermain futsal bersama jiran
  • pergi dan balik hospital naik kereta pinjam
  • econjaya dan pasaraya bilal
  • menyanyi di dalam farmasi
  • makan kek hari jadi dan jamuan
  • menonton 'slide presentation' oleh pegawai
  • online dekat stor perubatan
  • main mercun kena marah dengan penghulu kampung
  • kereta yg dipandu Zhafran langgar tembok hospital lepas tu buat dono
  • keluar makan bersama staf2 dan pegawai farmasi
  • jiran jemput makan nasi durian
  • takde bekalan elektrik, bermalam dengan lilin. 
  • budak2 kecik yg datang rumah dan ckp 'abe Mi, nok pinje koputer meta nok main game'
  • kucing garfield yg ganas selalu masuk umah suka hati
kenapa terlalu banyak memori indah ini~ 
ade lagi, namun tak terungkap kerana terlampau manis kenangan itu :')
Terima kasih orang2 Kuala Krai. Bye2 Kelantan. 

'Kalau ada sumur di ladang, boleh aku menumpang mandi
Kalau sekarang dah tak dapat pandang, takpe, asalkan dekat di hati'
~Tamat pada 4 NOVEMBER 2011~

0 comments:

Post a Comment