Monday, August 19, 2013

When I Was a Young Boy

E R A  1990 - an

Zaman kegemilangan bagi aku, zaman kanak2 yang hanya kenal erti kegembiraan. Tak pernah sedih, tak pernah kecewa, tak pernah takut, tak pernah stress, tak pernah murung. Ya, memang ada menangis tapi itu sebab jatuh dari papan gelongsor atau mungkin dimarahi mak. Memang ada merajuk tapi itu sebab tak dapat makan aiskrim. Takut? Kena marah memang macam tu. Tajuk entri bukan main bahasa inggerisnya, pendahuluan bak sasterewan negara. Ini semua poyo.
Tak banyak yang aku ingat masa zaman kanak2 dulu, ade masalah memori sikit. Gambar2 yang tinggal je lah perangsang untuk aku ingat balik kenangan lalu. Sekitar tahun 1994 hingga 1997. #throwback

This is my KakLong. Masa ni ada dekat kampung Tronoh, Perak. Beza umur dengan dia setahun aje. Hihi ^^


Thursday, August 15, 2013

Kad Raya versus Teknologi


Sekarang dah 2013 memang banyak perubahan. Semakin maju, semakin laju. Kalau dulu tahun 1990-an, menghantar Kad Raya ni dah jadi macam satu perkara biasa (mainstream) untuk hantar ucapan raya pada rakan2 dan sebagainya. Satu medium untuk berhubung, sebab masa tu teknologi belum berkembang pesat. Okay masuk pada topik teknologi, kalau nak tahu apa itu teknologi, rajin2lah wiki.

Canggih?
Tahun 1990 - 2000




Friday, July 5, 2013

On Holiday - Lost World of Tambun

Lost World of Tambun, Ipoh

Rabu
:::: 3 Julai 2013 ::::
12.45 pm

Pergi berseronok beronok dekat Lost World setelah sekian lama tak pergi bercuti. Saje nak pergi hari Rabu, tak ramai orang, takde sesak sangat, boleh buat mende pelik2 ye dak. Puasa pun nak dekat dah, so enjoy dulu dekat theme park ni. Pergi bertiga, Triple H. Hizami, Haizan, Hairin. :D


Dah masuk dalam, tuka baju semua, 1st game yg dituju, main gelongsor. Hahaha gelongsor nampak macam takde ape2, tapi bila naik, boleh tahan gayatnya. Pastu pegi bawak pelampung turun sungai buat satu pusingan mengelilingi Lost World tu. Ni semua kira panas badan la, melawat kawasan dulu. :D
Kerane hari masih panas, kami pergi berjalan2 dulu. Theme Park ni boleh tahan la tempat dia, ada Tepura Cave, Roller Coaster, Tin Valley, Amusement Park, Petting Zoo, Swan Lake, Team Building, Hotspring, Spa, dan ape entah dah lupa. 
Ape lagi, jalan laa ahaha :D

video
ON HOLIDAY

Tiger Valley
Nak sangat bergambar dengan harimau, dari jauh pun jadi laa apek. :D
Dekat Tin Gallery, klasik kome haha :D
betul macam apek dah :'D
Gajah tipu, harap maklum. :D
Tin Valley, tak reti nak mendulang bijih timah, so bergambar dgn cik Timah pun jadi laa haha
nak pukul cik Timah yang nakal xD
Team Building exit. Besor bapak.
Pukul 3 petang tunggu kat Tiger Valley nak tgk harimau makan.
video
dasat harimau boleh panjat pokok -_-

video
kayuh swan, kaki penat. haha

video
Ular sawa ni dah kenyang, so dia tak agresif dah, tapi takut jugak nak pegang -__-

video
Perjalanan nak naik ke gelongsor. :D

video
seronok kome ye ahaha

video
gelongsor kedua pulak.

video
bermandian di sepanjang sungai, jenuh aku nak elak camera dr kena air -_-

video
nak berenang yee ahaha :D

Lepas dah habis pusing sungai, pergi kat pantai pulak. Tak dapat nak record daaa bateri camera sudah tingtong. Nak naik roller coaster tak dapat sebab under maintenance. Amusement park pulak macam takde orang. So, last skali pegi rendam kaki kat hotspring kejap sebelum siap2 mau balik.

Hizami . Haizan . Hairin
teruna pujaan gadis? poyo -_-
Sebelum balik snap gambo dengan kucing statik ni. Pun boleh laa haha

Balik pukul 6 petang. Pegi makan jap, pastu balik umah tido. Penat gile bapak. hahaha :D
Selamat menyambut bulan Ramadhan.


Monday, March 18, 2013

Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013

Stadium Hoki Sultan Azlan Shah . Ipoh

 Ahad  17 Mac 2013  8:00 p.m

Malaysia(2) vs. Australia(3)

Sampai dekat stadium pukul 7:55 malam, sesaknya boleh tahan. Datang dengan geng yang ramai patutnya tapi terpisah sebab terlalu crowded. Aku dengan member iaitu Adam, Khairzul dan Iman. Berdiri paling atas dekat belakang gawang gol Australia masa 1st half.
Dulu turf (carpet) hoki ni warnanya hijau, lapuk, tak standard. Sekarang dah transformed jadi world class punya turf biru. Kemas. Awesome . :p

Sesi panas badan . Kat sini tempat kami berdiri. Nak duduk takde ruang dah :'D
Ramai orang, non-Malaysian pun ada.
Sempit dah lorong atas, brader baju kuning dah berpeluh pun, game belum mula lagi :D
video
Beginilah keadaannya, sesak. Seat semua dah penuh, maklumlah masuk free. 
Player sedang warming up ;)

video
Reff pun nak warm up jugak xD

Khairzul & Adam
video
Sebelum game start, turf dibasahi dengan air pancut. Lepastu masuk player2 Malaysia tapi tak nampak la pulak, air tu ganggu -_-

video
Nyanyian lagu Negaraku

video
Sebelum perlawanan bermula



video
Malaysia 1st goal from penalty corner

Fullhouse :D
Malaysia menyerang :D
video
Australia goal from penalty corner. Sad :'(


video
Penonton buat ombak, dua pusingan ahaha :D

video
Ombak pusingan ketiga. Successful ;)

video
Malaysia 2nd goal :)

video
Player Malaysia diasak sampai terjatuh. Biasalah, orang kita kecik2. Haha :'D

Malaysia tewas 2-3 dengan Australia. Australia gol saat2 terakhir bilamana pertahanan Malaysia agak rapuhhh. Haihh sangat mendukacitakan. Takpa, nombor dua pun dah kira bagus. Tahniah player2 Malaysia, proud of you. :D


Saturday, March 9, 2013

Harlem Shake Tasek

Gelanggang Rakyat Tawas, Ipoh

Hahaharlem Shaky :D

video

8 March 2013
9:45 p.m
Hahaha aku dah takde keje. Masa ni baru lepas hujan, court basah, so kena lah mop kasi wipe off itu air . Lepas tu main ler futsal macam biasa~
do the Harlem Shake ~ ~ ~  
taktau Harlem Shake? tgk youtube laaa ahahaa :D

Saturday, March 2, 2013

The 3rd Year of College

in the continuation of => The 1st & 2nd Year Around College

2 0 1 1 - 2 0 1 2

Semester 7

Semester yang mana fresh students dihantar ke hospital dan klinik kesihatan untuk mencari pengalaman bekerja secara praktikal. Setelah 2 tahun belajar teori, otak pun sudah penat meresap segala ilmu dari papan putih, maka pelajar2 farmasi ini dapat merasa suasana sebenar alam pekerjaan. -Pembantu Pegawai Farmasi

Pada akhir semester 6, pensyarah telah menyenaraikan hospital atau klinik untuk pelajar berpraktikal. Semua orang agak gemuruh nak tau lokasi praktikal. Ada yang dapat Perak, Pahang, Kedah, Penang, KL, Selangor. Yang paling jauh rasenye Kelantan, tempat praktikal aku bersama 3 sahabat lain, dekat Hospital Kuala Krai.
Rasa macam tak percaye pun ade, jauh bebenor kome oi. :D
 
Praktikal selama 4 bulan. Mula2 memang kekok sangat, taktau nak buat apa. Hanya menunggu arahan dari pegawai farmasi. Mana tak nya, ubat bukannya sikit, belambak lambak. 1st time rasa macam agak mustahil untuk kenal semua ubat2 tuh. Tetapi berbekalkan ilmu yang ada, segala2nya menjadi semakin mudah. 
*ubat = dadah = drug = medicine

Injection racks.
Tablets & Capsules Racks. Too many of them @_@
Memang payah mula2. Kadang2 ada ubat yang sama, tapi brand lain, dos lain, bentuk lain, rasa lain. Lepastu ada yang kena bancuh dengan sukatan yg mesti tepat, kalau tak, kena bancuh semula. Hehe.
Susahnya bertambah apabila doktor memberi 'prescription' dengan tulisan yang sangat CANTIK. -__-

tulisan doktor ni boleh tahan la, just nice. ^_^
Banyak benda kene buat, check floor stock, sembang, filling ubat, sembang, print label, sembang, dispense ubat kat pesakit, sembang lagi. Nampak tak seronoknya praktikal? hahaha :D
Sorry kepada kawan2 yang dapat tempat practical yang mendap ataupun mereka yg dapat dgn staf2 yang garang aumm :3 . Nasib ler ~ kekekeh

Lepas 4 bulan mencari pengalaman, semua students pulang ke kolej untuk membuat presentation, report, dan segala beban yang kau (pensyarah) berikan. Seronok tengok rakan2 membuat pembentangan di hadapan kelas, menceritakan pengalaman masing2. Ada jugak rakan2 yang kena maki dengan pensyarah sebab presentation kurang memberangsangkan. Hee padan muka kome, siape suruh tak buat betoi2 . ~ :D

Selesai segala2nya, cuti semester lah ape lagi. Enjoy kejap aje. :'D

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semester 8

Semester 8 juga adalah semester praktikal. Selama 4 bulan juga. Pelajar2 di hantar ke tempat lain pula. Kali ni aku dapat dekat Klinik Kesihatan Kampar Perak. 45 minit dari Ipoh je pun. :D
Ceritanya sama je, cuma ada sedikit penambahan atau pengurangan dari praktikal semester 7. Ye lah, dulu dapat hospital, byk equipments, drugs, dan dll. Kat klinik apa lahh sangat yang ada pun. 
So lets skip to the end of practical. Presentation TIME! :D 

Slide Ekin @ Asyikin
Slide Peah @ Rafidah
Slide Pheobe @ Ng Sook Ying

video
Presentation by Inder inside the College Mock Pharmacy :D

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semester 9

Last semester, menghabiskan masa2 terakhir di kolej. Walaupun subjek sikit je, tp agak susah jugak nak study. Enjoy last day on college ;)

:D

Fadhil, Wan, & Hafiz @ Cafe

Surrounding Mdm Anuradha

Classroom~

Last day to learn :'D

Iqa - Hizami - Hafiz - Fadhil

Adeline keseorangan, kesian.. :'D

Study study study~

Felix & Inder with hot girls :D

The corridor~

Lalita - Sharon - Kayathri - Shamini - Villa

Class oh Class ~

Enjoying Last Day

Oh my oh my ~ Im tired with all this stuff~ :D

:'DD

Okay thats all. 3 years has ended :'D

'So Much For My Happy Ending'




Friday, January 18, 2013

MGC Convocation 2012

Putrajaya International Convention Centre

::: Jumaat , 19 Oktober 2012 :::



Berlangsungnya majlis konvokesyen Masterskill Global College (MCG) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 1st time aku pergi situ, besar tempatnya. Sehari sebelum tu ada buat rehearsal sebelum majlis sebenar bermula pada hari Jumaat. Menetap di sebuah hotel bajet di Putrajaya selama dua hari.

Hari Jumaat tu jugak kena bersiap awal pagi, dalam pukul 6.15 pagi tu dah gerak ke PICC. Makan pun tak lagi -___- . Sampai sana siap dah berjubah, berbaris sebelum masuk ke dalam dewan.

Lepas student dah masuk, masuk pula Chancellor2, Pensyarah2 dan orang2 yg lain. Ibu bapa pula duduk kat bahagian belakang. Maka duduklah semua orang di dalam dewan itu. Seronok apa duduk dalam dewan? hahaha :p


Aturcara majlis sudah termaktub di dalam buku konvokesyen. Giliran student farmasi agak lambat jugaklah, kena tunggu. Banyak batch, banyak kos. Duduk ler dalam itu dengan penuh kesabaran . hohoho :D






Highlighted are my classmates :'D

Nama akan dipanggil satu demi satu untuk mengambil diploma di atas pentas. Henpon tidak dibenarkan dibawa masuk tapi aku bawak je siap tangkap gambor lagi. Tapi tak dapat snap gambar semua classmates aku sebab duduk jauh2. Sorry friends those who were not snapped by me -___-







video
Klip ni dah 'trimmed' . My turn was on 1st minute :D 

Lepas dah ambil diploma itu, kembalilah ke tempat duduk semula. Dan tunggu sehingga majlis habis. Ada perarakan keluar dewan juga.

video

Lepas tu keluar pergi snap2 gambar dengan rakan2. Tapi tak dapat snap with the whole classmates pun, sad. Ada jugak classmates yg tak menghadiri majlis ini atas sebab2 unik yang tersendiri. :O

Inder . Hizami
Shatish . Jimmy . Jegan . Hizami . Izthar . Inder . Hafiz . Kavin


Makan free :D
Bergambar dengan keluarga Ellyana.
Ayah . Mak . Aku . KakYang . KakLong . Opah Elly . Elly . Mak Elly . Adik Elly
Maka tamatlah hari itu. Gembira, terharu, teruja.. macam2 . hahaha. Semoga berjaya kepada rakan2 seperjuanganku yg banyak mempengaruhi diri ini tak kira lah baik ke buruk ke, selama kita bersama 3 tahun di kolej adalah satu nikmat yang tidak mungkin dapat dirasai lagi selepas ini. Melayu, Cina, India, Singh, tak kira bangsa dan agama, aku amat menghargainya.
Tahniah jugak kepada semua pelajar Masterskill terutama dari Ipoh kerana telah berjaya tamatkan diploma 3 tahun dengan jayanya. Sehingga kita bertemu lagi di puncak kejayaan. :')
This is just the beginning . . .