Friday, January 18, 2013

MGC Convocation 2012

Putrajaya International Convention Centre

::: Jumaat , 19 Oktober 2012 :::



Berlangsungnya majlis konvokesyen Masterskill Global College (MCG) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 1st time aku pergi situ, besar tempatnya. Sehari sebelum tu ada buat rehearsal sebelum majlis sebenar bermula pada hari Jumaat. Menetap di sebuah hotel bajet di Putrajaya selama dua hari.

Hari Jumaat tu jugak kena bersiap awal pagi, dalam pukul 6.15 pagi tu dah gerak ke PICC. Makan pun tak lagi -___- . Sampai sana siap dah berjubah, berbaris sebelum masuk ke dalam dewan.

Lepas student dah masuk, masuk pula Chancellor2, Pensyarah2 dan orang2 yg lain. Ibu bapa pula duduk kat bahagian belakang. Maka duduklah semua orang di dalam dewan itu. Seronok apa duduk dalam dewan? hahaha :p


Aturcara majlis sudah termaktub di dalam buku konvokesyen. Giliran student farmasi agak lambat jugaklah, kena tunggu. Banyak batch, banyak kos. Duduk ler dalam itu dengan penuh kesabaran . hohoho :D






Highlighted are my classmates :'D

Nama akan dipanggil satu demi satu untuk mengambil diploma di atas pentas. Henpon tidak dibenarkan dibawa masuk tapi aku bawak je siap tangkap gambor lagi. Tapi tak dapat snap gambar semua classmates aku sebab duduk jauh2. Sorry friends those who were not snapped by me -___-







video
Klip ni dah 'trimmed' . My turn was on 1st minute :D 

Lepas dah ambil diploma itu, kembalilah ke tempat duduk semula. Dan tunggu sehingga majlis habis. Ada perarakan keluar dewan juga.

video

Lepas tu keluar pergi snap2 gambar dengan rakan2. Tapi tak dapat snap with the whole classmates pun, sad. Ada jugak classmates yg tak menghadiri majlis ini atas sebab2 unik yang tersendiri. :O

Inder . Hizami
Shatish . Jimmy . Jegan . Hizami . Izthar . Inder . Hafiz . Kavin


Makan free :D
Bergambar dengan keluarga Ellyana.
Ayah . Mak . Aku . KakYang . KakLong . Opah Elly . Elly . Mak Elly . Adik Elly
Maka tamatlah hari itu. Gembira, terharu, teruja.. macam2 . hahaha. Semoga berjaya kepada rakan2 seperjuanganku yg banyak mempengaruhi diri ini tak kira lah baik ke buruk ke, selama kita bersama 3 tahun di kolej adalah satu nikmat yang tidak mungkin dapat dirasai lagi selepas ini. Melayu, Cina, India, Singh, tak kira bangsa dan agama, aku amat menghargainya.
Tahniah jugak kepada semua pelajar Masterskill terutama dari Ipoh kerana telah berjaya tamatkan diploma 3 tahun dengan jayanya. Sehingga kita bertemu lagi di puncak kejayaan. :')
This is just the beginning . . .


Wednesday, January 9, 2013

Pelajar Lelaki Ketinggalan? Tidak.

"Penguasaan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik memberi isyarat bahawa pencapaian pelajar lelaki mesti diperbaiki jika tidak mahu terus ketinggalan"

Jurang Dua Gender
Jurang dominasi pencapaian akademik yang ketara di antara pelajar lelaki dan perempuan bukan isu yang boleh dipertikaikan.
          Penguasaan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik yang sentiasa cemerlang bagai memberi isyarat bahawa pencapaian pelajar lelaki mesti diperbaiki jika tidak mahu terus ketinggalan. Biarpun sistem pendidikan yang diguna pakai tiada bezanya untuk mengukur kapasiti pencapaian dua gender, mengapa pencapaian pelajar lelaki tetap tidak setara?



Persepsi : Lelaki mempunyai tahap kepandaian yang rendah berbanding pelajar perempuan hingga menjadikan lelaki populasi yang semakin mengecil dalam pencapaian akademik.

Ada perbezaan tahap perkembangan di antara pelajar lelaki dan wanita. Biarpun dominasi pencapaian akademik lebih terarah kepada perempuan, akan tiba masanya lonjakan pencapaian pelajar lelaki mengatasi pelajar perempuan.

“Pada peringkat awal, kecemerlangan pelajar perempuan agak ketara kerana mereka terdidik dengan sistem pembelajaran berstruktur”


  • Pelajar perempuan secara biologikal memang mempunyai potensi menyerlahkan kematangan pada usia tertentu biarpun di sekolah rendah.
  • Kematangan pelajar perempuan boleh dilihat apabila mereka sangat teliti sewaktu membuat kerja sekolah, sering membawa buku dan khusyuk di dalam kelas.
  • Sebaliknya pelajar lelaki lebih banyak bermain, bergurau senda dengan mengusik kawan dan hanya mampu memberi perhatian pada pelajaran pada 15 minit pertama.
  • Perbezaan biologikal ini memang fitrah kerana secara normalnya, perempuan memang cepat matang.

“Tapi kematangan lelaki dalam berfikir boleh menjadi sangat pantas apabila berada pada tahap tertentu. Pada waktu itu, lelaki berfikir menggunakan akal tapi perempuan menggunakan emosi



Kemampuan pelajar lelaki menyerap maklumat, memahami proses pembelajaran dan mengulang kaji tidak sama dengan pelajar perempuan. Tetapi mereka tetap boleh fokus.
Lelaki - banyak memikul tanggungjawab dan melihat proses pembelajaran itu lebih bersifat fizikal.
Perempuan - proses pembelajaran dianggap seperti satu seni dan perlu dilakukan atas dasar tanggungjawab.

“Kontra ini menjadikan pelajar lelaki menganggap belajar skopnya sangat meluas bukan sekadar akademik semata-mata sedangkan pelajar perempuan sebaliknya"

  • Ada kalanya, ibu bapa mempunyai persepsi buruk jika melihat anak lelaki lebih teruja kepada Internet, sukan, Discovery Channel berbanding membaca buku.
  • Biarkan kerana pada masa itu mereka sedang menggunakan kreativiti serta keterujaan untuk memperoleh sumber maklumat yang boleh membantu dalam proses pembelajaran.
  • Jangan sekat atau membebel kerana ia akan membantutkan kegigihan mereka untuk belajar. Perlu diingat cara belajar pelajar lelaki dan perempuan berbeza.
  • Kajian menyatakan bahawa pelajar lelaki lebih berminat kepada aspek teknikal, sains dan matematik tetapi bermasalah dalam subjek Bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Kecenderungan itu boleh membawa kepada peningkatan pencapaian tahap berikutnya dan jika diberi dorongan berterusan, pelajar lelaki boleh berjaya.


“Tapi kecemerlangan itu tidak hanya diukur melalui tahap pencapaian akademik semata-mata. Mungkin pencapaian akademiknya sederhana tapi kerana ada pengetahuan teknikal, itu satu kelebihan. Dan selalunya pelajar lelaki ini, sekali diberi peluang menunjukkan kemahiran atau minat, mereka boleh terus memacu kecemerlangan sama di sekolah atau institusi pengajian tinggi”


Institusi pengajian tinggi negara banyak didominasi pelajar perempuan. Persoalannya, apakah bidang diikuti itu mampu memberi pulangan setimpal sebaik tamat pengajian?
Tolak tepi penguasaan dalam bidang kritikal seperti perubatan tapi melihat senario pekerjaan hari ini, dominasi tenaga kerja berprestij atau berkemahiran banyak didominasi pelajar lelaki.
Ini membuktikan sampai tahap tertentu, pelajar lelaki mampu membina kecemerlangan sendiri yang menyamai atau melebihi pelajar wanita.

“Usah gusar jika pelajar lelaki sering ketinggalan. Percayalah bahawa kebolehan setiap pelajar berbeza dan kita ada keistimewaan masing-masing.




Tuesday, January 8, 2013

J-3-16

Permai Lake View Apartment, Ulu Kinta, Perak



J-3-16. Nombor bertuah. Bukan jackpot. Bukan juga ayat dari kitab. Tapi inilah nombor rumah aku dan rakan2 seperjuangan membujang . Blok J, tingkat 3, rumah nombor 16. *gambor kat atas yg under construction tu ialah The Haven , tak siap lagi.

Mula menetap di rumah ini pada Julai 2009, sampailah Julai 2012. Plan rumahnya lebih kurang macam ni:

hebat jugak aku melukis :p .yang kaler biru itu bilik air.
Hahaha lukisan taknak kalah :D
Duduk rumah ni sebagai seorang pelajar Kolej Kesihatan Masterskill dekat Klebang, dapat rumah ni dekat area Tambun. 20 minit lebih jugaklah nak sampai kolej naik bas. Penghuni rumah ni semua pelajar dari batch yang sama (2009/04). Tapi kos lain2. Mereka ialah:
Hafiz Syafiqi Hizami Izthar Nagen Suman

Aku, Syafiqi, Hafiz & Izthar kos Farmasi , manakala Nagen & Suman kos Penjagaan Kesihatan. Dari situ bermula lah kehidupan baru. Semua orang Perak. Suman, Nagen & aku dari Ipoh. Hafiz - Teluk Intan. Izthar - Bidor. Syafiqi - Manjung.

Permai Lake View adalah antara hostel yang terbaik ah dibandingkan dengan hostel2 lain macam kat Sunway City, Klebang, Meru Impiana dll. Mula2 memang agak ketat peraturannya kat sini, macam lepas pukul 10 p.m. masing2 mesti ada dalam unit. Pukul 10 ni waktu warden berjalan2 dengan konco2nya untuk membanteras mereka yang keluar malam. Lepas tu warden buat spotcheck. hahaha tapi tu sementara je. Sebab warden pun tak tahan dengan perangai budak2 kat apartment ni hahaha padan muka warden :p

Muka aku wanted jugak lah sebab selalu keluar malam balik 1-2 pagi. Kena pulak tulis surat mohon maaf. Banyak kali pulak tu, tapi tak pernah kena denda. Unit kotor pun kena tulis surat.. haishh :D
Oke cukup pasal warden. Housemates aku ni memang semua style2 blake. Sporting. Nice. Noob. Cedoi. hahaha :D
gambar ni nampak macam era 80-an, dengan TV nya. epic. Masa ni celebrate birthday aku. Thank you guys :')
2010 kot ni. Lupa dahh. Rinduuu :')

Mula2 duduk sini, makan malam kat kedai depan je. Gerai tepi jalan. Sambil makan nasik goreng kampung yg dihidangkan oleh adik manis. bersama kopi ais kaw sambil menonton TV. erghhh :') . Sekarang gerai tu dah tak wujud pun.
Selepas tahun pertama, semua dah ade transport sendiri. So pergi makan dekat kedai jauh sikit.
Kadang2 pergi Sunway, Tg. Rambutan, Tmn. Perpaduan Bercham, Tambun, dan kemana sajalah.

motor race ni ! :p warden pun dah cam motor ni haishhh :'D

Banyak kenangan dengan J-3-16 ni.
  • susah senang, ketawa, menangis, semuanya bersama
  • bukak puasa dan makan sama2 kat ruang tamu
  • main carrom :D
  • main game ajak member2 lain join ramai2
  • main Counter-Strike, Dota, dan dah lupa game ape lagi -____-
  • tandas tersumbat, Izthar tolong repair :p
  • kadang2 takde air
  • buat bising kat atas, jiran bawah ketuk siling
  • jiran sebelah bagi makanan, jemput datang rumah dia :'D
  • warden selalu jugak naik bagi ceramah yg sama "rumah kotor''
  • kalau balik lambat, dah jadi macam Spy sebab nak elak warden drpd nampak
  • Hafiz selalu usha awek dari tingkap, lepas tu Syafiqi Izthar Nagen Suman join skali :D
  • pagi2 Syafiqi suka nyanyi lagu :'D
  • Suman selalu hilang, keluar dengan awek
  • Aku selalu balik rumah :p
  • Nagen duduk dalam bilik, kadang2 keluar
  • Hafiz duduk dalam bilik tutup pintu sembang fon dengan awek, lepas tu keluar bilik kacau orang lain :p
  • Izthar suka tidur seperti bayi comel di ruang tamu
  • petang2 main bola dekat taman 
  • Selasa dan Khamis slalu pergi pasar malam 
Boleh buat buku ni banyak sangat hahaha. ade lagi tapi aku sudah lupa. Selama 3 tahun kat situ, study pun tak selalu. Banyak main. hidup nak je enjoy, ye lah asal ngadap nota je, mengantuk. ape pun tak boleh hahahaha :D
Pergi kolej naik bas pada awalnya. Jumpa pulak dengan rakan2 sekelas.
Macam2 perangai ada. seronok giler bapak. kadang2 aku skip kuliah. 'Kadang2' je. :p . Lepas tu kena panggil dengan lecturer, aku tak pergi pun. :p hehehehehe

Izthar . Inder . Jegan . Hafiz . Hizami
:"D
haha dah rupa pengemis :'D
sambut birthday Jimmy dekat McD Tambun :')

Tamatlah kehidupan di Permai, J-3-16. Video ni kat unit aku masa sebelum pergi farewell party. featuring Zhafran dari hostel Meru Impiana :D
Bye2 Permai, bye2 rakan2, bye2 kolej. Sehingga kita bertemu di puncak kejayaan. InsyaAllah :D











































Tuesday, January 1, 2013

Bergitar di Waktu Malam

29 Disember 2012

Taman Sri Desa

Pada suatu malam yang sunyi selepas bermain futsal di Tasek . . . hahahaha :D
bila dah keje tanam anggur, aku memang lah rajin nak berjalan ni. Kalau dulu lepak di Ulu Kinta dengan rakan2 yang membujang dan membulat, kini semua itu sudah tiada lagi. Aku beralih pulak ke TSD.

Ini entri yang ke-3 pasal gitar.
1st entry : http://hizamessi.blogspot.com/2012/09/budak-budak-dan-keriangan.html
2nd entry: http://hizamessi.blogspot.com/2012/09/keseronokan-di-kelantan-episod-7-tamat.html

Kira baru jugak aku datang TSD ni. budak2 sini sporting. dan cedoi. haha :D


Syed the guitar hero :O

Iman bajet?? kahkah :D

Safuan cuba sedaya upaya untuk bermain satu chord tak lepas2 . . :D


Bukan senang nak mengajar gitar ni tambah2 lagi Safuan. jari macam kayu jati yang dah kena gam. hahahaha. xD . Baru dapat petik beberapa string dia dah syok. haishh, belum lagi main satu lagu. :D

video

Lepak2 sampai pagi buta, tapi takpe ler bukan selalu. Macam tu lah ceritanya ~


Badminton Bersama Sri Desarian

 31th December 2012

GELANGGANG BADMINTON , STADIUM PERAK

12 p.m

Hari yg ke 366 dalam kalander masihi tahun 2012 telah ade satu rancangan besar untuk bermain badminton dengan budak2 TSD . Paginya sarapan dengan Hairin Iman dan Ariff Najmi di McD Jalan KK.
Bergerak ke stadium bersama Amirul Safuan Auf Zufar & Atiq .

Lepas tu ape lagi, main laa, dari pkul 12pm sampai pkul 1pm. ni baru 1st round hehehe. Pkul 1pm pegi minum jap kat Restoran Sabor Menanti . 

Iman poyo -_-

Arep noob :p

Safuan cedoi :D

minum air pun seronok . ape hal entah hahaha :D

2 p.m

Lepas habis makan sambung balik main. 2vs2 beregu. Masa ni tinggal 5 org je, Auf n Hashman dah blah.  macam2 gaya ada, ChongWei, LinDan, HafizHashim, NajwaLatiff, Ainan Tasneem . . . hahahaha mampu? :D

LCW ! :D
Iman & Safuan . gaya pro dah tapi kaki ayam -_____-
tengok ore ganu main. semakk bohh. :D
pukul lalat pukul lalat, hinggap di kaki. hahaha :p

Haha tengok pulak gelagat deme main. Semua stok fokus blako . kekekeh. 

video

habis main pukul 3 petang tu pegi kedai motor jap, tayar motor si Safuan sudah pecah, mukenye dah mcm nak teriak dah kesiaaannye dia :'( . HAHAHA :p
Dah settle semua, pulanglah kami.
ni orang kata aktivity hujung tahun. betul2 hujung. sehingga kita bertemu kembali di lain hari :D
Terima kasih budak2 TSD :'D