Tuesday, January 8, 2013

J-3-16

Permai Lake View Apartment, Ulu Kinta, Perak



J-3-16. Nombor bertuah. Bukan jackpot. Bukan juga ayat dari kitab. Tapi inilah nombor rumah aku dan rakan2 seperjuangan membujang . Blok J, tingkat 3, rumah nombor 16. *gambor kat atas yg under construction tu ialah The Haven , tak siap lagi.

Mula menetap di rumah ini pada Julai 2009, sampailah Julai 2012. Plan rumahnya lebih kurang macam ni:

hebat jugak aku melukis :p .yang kaler biru itu bilik air.
Hahaha lukisan taknak kalah :D
Duduk rumah ni sebagai seorang pelajar Kolej Kesihatan Masterskill dekat Klebang, dapat rumah ni dekat area Tambun. 20 minit lebih jugaklah nak sampai kolej naik bas. Penghuni rumah ni semua pelajar dari batch yang sama (2009/04). Tapi kos lain2. Mereka ialah:
Hafiz Syafiqi Hizami Izthar Nagen Suman

Aku, Syafiqi, Hafiz & Izthar kos Farmasi , manakala Nagen & Suman kos Penjagaan Kesihatan. Dari situ bermula lah kehidupan baru. Semua orang Perak. Suman, Nagen & aku dari Ipoh. Hafiz - Teluk Intan. Izthar - Bidor. Syafiqi - Manjung.

Permai Lake View adalah antara hostel yang terbaik ah dibandingkan dengan hostel2 lain macam kat Sunway City, Klebang, Meru Impiana dll. Mula2 memang agak ketat peraturannya kat sini, macam lepas pukul 10 p.m. masing2 mesti ada dalam unit. Pukul 10 ni waktu warden berjalan2 dengan konco2nya untuk membanteras mereka yang keluar malam. Lepas tu warden buat spotcheck. hahaha tapi tu sementara je. Sebab warden pun tak tahan dengan perangai budak2 kat apartment ni hahaha padan muka warden :p

Muka aku wanted jugak lah sebab selalu keluar malam balik 1-2 pagi. Kena pulak tulis surat mohon maaf. Banyak kali pulak tu, tapi tak pernah kena denda. Unit kotor pun kena tulis surat.. haishh :D
Oke cukup pasal warden. Housemates aku ni memang semua style2 blake. Sporting. Nice. Noob. Cedoi. hahaha :D
gambar ni nampak macam era 80-an, dengan TV nya. epic. Masa ni celebrate birthday aku. Thank you guys :')
2010 kot ni. Lupa dahh. Rinduuu :')

Mula2 duduk sini, makan malam kat kedai depan je. Gerai tepi jalan. Sambil makan nasik goreng kampung yg dihidangkan oleh adik manis. bersama kopi ais kaw sambil menonton TV. erghhh :') . Sekarang gerai tu dah tak wujud pun.
Selepas tahun pertama, semua dah ade transport sendiri. So pergi makan dekat kedai jauh sikit.
Kadang2 pergi Sunway, Tg. Rambutan, Tmn. Perpaduan Bercham, Tambun, dan kemana sajalah.

motor race ni ! :p warden pun dah cam motor ni haishhh :'D

Banyak kenangan dengan J-3-16 ni.
  • susah senang, ketawa, menangis, semuanya bersama
  • bukak puasa dan makan sama2 kat ruang tamu
  • main carrom :D
  • main game ajak member2 lain join ramai2
  • main Counter-Strike, Dota, dan dah lupa game ape lagi -____-
  • tandas tersumbat, Izthar tolong repair :p
  • kadang2 takde air
  • buat bising kat atas, jiran bawah ketuk siling
  • jiran sebelah bagi makanan, jemput datang rumah dia :'D
  • warden selalu jugak naik bagi ceramah yg sama "rumah kotor''
  • kalau balik lambat, dah jadi macam Spy sebab nak elak warden drpd nampak
  • Hafiz selalu usha awek dari tingkap, lepas tu Syafiqi Izthar Nagen Suman join skali :D
  • pagi2 Syafiqi suka nyanyi lagu :'D
  • Suman selalu hilang, keluar dengan awek
  • Aku selalu balik rumah :p
  • Nagen duduk dalam bilik, kadang2 keluar
  • Hafiz duduk dalam bilik tutup pintu sembang fon dengan awek, lepas tu keluar bilik kacau orang lain :p
  • Izthar suka tidur seperti bayi comel di ruang tamu
  • petang2 main bola dekat taman 
  • Selasa dan Khamis slalu pergi pasar malam 
Boleh buat buku ni banyak sangat hahaha. ade lagi tapi aku sudah lupa. Selama 3 tahun kat situ, study pun tak selalu. Banyak main. hidup nak je enjoy, ye lah asal ngadap nota je, mengantuk. ape pun tak boleh hahahaha :D
Pergi kolej naik bas pada awalnya. Jumpa pulak dengan rakan2 sekelas.
Macam2 perangai ada. seronok giler bapak. kadang2 aku skip kuliah. 'Kadang2' je. :p . Lepas tu kena panggil dengan lecturer, aku tak pergi pun. :p hehehehehe

Izthar . Inder . Jegan . Hafiz . Hizami
:"D
haha dah rupa pengemis :'D
sambut birthday Jimmy dekat McD Tambun :')

Tamatlah kehidupan di Permai, J-3-16. Video ni kat unit aku masa sebelum pergi farewell party. featuring Zhafran dari hostel Meru Impiana :D
Bye2 Permai, bye2 rakan2, bye2 kolej. Sehingga kita bertemu di puncak kejayaan. InsyaAllah :D











































4 comments:

Jegan Jay said...

banyak kenangan tu...miss those days...haiz...lau leh nk jk back to the past...but some how we have to move forward...miss all of you guys...too much wonderful memories...

[H]izami said...

yup. nothing can beat the past. :')

♥kisah hidupku♥ said...

baik punya entry..

[H]izami said...

huhuhu :)

Post a Comment