Friday, January 18, 2013

MGC Convocation 2012

Putrajaya International Convention Centre

::: Jumaat , 19 Oktober 2012 :::



Berlangsungnya majlis konvokesyen Masterskill Global College (MCG) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 1st time aku pergi situ, besar tempatnya. Sehari sebelum tu ada buat rehearsal sebelum majlis sebenar bermula pada hari Jumaat. Menetap di sebuah hotel bajet di Putrajaya selama dua hari.

Hari Jumaat tu jugak kena bersiap awal pagi, dalam pukul 6.15 pagi tu dah gerak ke PICC. Makan pun tak lagi -___- . Sampai sana siap dah berjubah, berbaris sebelum masuk ke dalam dewan.

Lepas student dah masuk, masuk pula Chancellor2, Pensyarah2 dan orang2 yg lain. Ibu bapa pula duduk kat bahagian belakang. Maka duduklah semua orang di dalam dewan itu. Seronok apa duduk dalam dewan? hahaha :p


Aturcara majlis sudah termaktub di dalam buku konvokesyen. Giliran student farmasi agak lambat jugaklah, kena tunggu. Banyak batch, banyak kos. Duduk ler dalam itu dengan penuh kesabaran . hohoho :D






Highlighted are my classmates :'D

Nama akan dipanggil satu demi satu untuk mengambil diploma di atas pentas. Henpon tidak dibenarkan dibawa masuk tapi aku bawak je siap tangkap gambor lagi. Tapi tak dapat snap gambar semua classmates aku sebab duduk jauh2. Sorry friends those who were not snapped by me -___-







Klip ni dah 'trimmed' . My turn was on 1st minute :D 

Lepas dah ambil diploma itu, kembalilah ke tempat duduk semula. Dan tunggu sehingga majlis habis. Ada perarakan keluar dewan juga.


Lepas tu keluar pergi snap2 gambar dengan rakan2. Tapi tak dapat snap with the whole classmates pun, sad. Ada jugak classmates yg tak menghadiri majlis ini atas sebab2 unik yang tersendiri. :O

Inder . Hizami
Shatish . Jimmy . Jegan . Hizami . Izthar . Inder . Hafiz . Kavin


Makan free :D
Bergambar dengan keluarga Ellyana.
Ayah . Mak . Aku . KakYang . KakLong . Opah Elly . Elly . Mak Elly . Adik Elly
Maka tamatlah hari itu. Gembira, terharu, teruja.. macam2 . hahaha. Semoga berjaya kepada rakan2 seperjuanganku yg banyak mempengaruhi diri ini tak kira lah baik ke buruk ke, selama kita bersama 3 tahun di kolej adalah satu nikmat yang tidak mungkin dapat dirasai lagi selepas ini. Melayu, Cina, India, Singh, tak kira bangsa dan agama, aku amat menghargainya.
Tahniah jugak kepada semua pelajar Masterskill terutama dari Ipoh kerana telah berjaya tamatkan diploma 3 tahun dengan jayanya. Sehingga kita bertemu lagi di puncak kejayaan. :')
This is just the beginning . . .


1 comments:

Deqla manjew said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment