Wednesday, January 9, 2013

Pelajar Lelaki Ketinggalan? Tidak.

"Penguasaan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik memberi isyarat bahawa pencapaian pelajar lelaki mesti diperbaiki jika tidak mahu terus ketinggalan"

Jurang Dua Gender
Jurang dominasi pencapaian akademik yang ketara di antara pelajar lelaki dan perempuan bukan isu yang boleh dipertikaikan.
          Penguasaan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik yang sentiasa cemerlang bagai memberi isyarat bahawa pencapaian pelajar lelaki mesti diperbaiki jika tidak mahu terus ketinggalan. Biarpun sistem pendidikan yang diguna pakai tiada bezanya untuk mengukur kapasiti pencapaian dua gender, mengapa pencapaian pelajar lelaki tetap tidak setara?



Persepsi : Lelaki mempunyai tahap kepandaian yang rendah berbanding pelajar perempuan hingga menjadikan lelaki populasi yang semakin mengecil dalam pencapaian akademik.

Ada perbezaan tahap perkembangan di antara pelajar lelaki dan wanita. Biarpun dominasi pencapaian akademik lebih terarah kepada perempuan, akan tiba masanya lonjakan pencapaian pelajar lelaki mengatasi pelajar perempuan.

“Pada peringkat awal, kecemerlangan pelajar perempuan agak ketara kerana mereka terdidik dengan sistem pembelajaran berstruktur”


  • Pelajar perempuan secara biologikal memang mempunyai potensi menyerlahkan kematangan pada usia tertentu biarpun di sekolah rendah.
  • Kematangan pelajar perempuan boleh dilihat apabila mereka sangat teliti sewaktu membuat kerja sekolah, sering membawa buku dan khusyuk di dalam kelas.
  • Sebaliknya pelajar lelaki lebih banyak bermain, bergurau senda dengan mengusik kawan dan hanya mampu memberi perhatian pada pelajaran pada 15 minit pertama.
  • Perbezaan biologikal ini memang fitrah kerana secara normalnya, perempuan memang cepat matang.

“Tapi kematangan lelaki dalam berfikir boleh menjadi sangat pantas apabila berada pada tahap tertentu. Pada waktu itu, lelaki berfikir menggunakan akal tapi perempuan menggunakan emosi



Kemampuan pelajar lelaki menyerap maklumat, memahami proses pembelajaran dan mengulang kaji tidak sama dengan pelajar perempuan. Tetapi mereka tetap boleh fokus.
Lelaki - banyak memikul tanggungjawab dan melihat proses pembelajaran itu lebih bersifat fizikal.
Perempuan - proses pembelajaran dianggap seperti satu seni dan perlu dilakukan atas dasar tanggungjawab.

“Kontra ini menjadikan pelajar lelaki menganggap belajar skopnya sangat meluas bukan sekadar akademik semata-mata sedangkan pelajar perempuan sebaliknya"

  • Ada kalanya, ibu bapa mempunyai persepsi buruk jika melihat anak lelaki lebih teruja kepada Internet, sukan, Discovery Channel berbanding membaca buku.
  • Biarkan kerana pada masa itu mereka sedang menggunakan kreativiti serta keterujaan untuk memperoleh sumber maklumat yang boleh membantu dalam proses pembelajaran.
  • Jangan sekat atau membebel kerana ia akan membantutkan kegigihan mereka untuk belajar. Perlu diingat cara belajar pelajar lelaki dan perempuan berbeza.
  • Kajian menyatakan bahawa pelajar lelaki lebih berminat kepada aspek teknikal, sains dan matematik tetapi bermasalah dalam subjek Bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Kecenderungan itu boleh membawa kepada peningkatan pencapaian tahap berikutnya dan jika diberi dorongan berterusan, pelajar lelaki boleh berjaya.


“Tapi kecemerlangan itu tidak hanya diukur melalui tahap pencapaian akademik semata-mata. Mungkin pencapaian akademiknya sederhana tapi kerana ada pengetahuan teknikal, itu satu kelebihan. Dan selalunya pelajar lelaki ini, sekali diberi peluang menunjukkan kemahiran atau minat, mereka boleh terus memacu kecemerlangan sama di sekolah atau institusi pengajian tinggi”


Institusi pengajian tinggi negara banyak didominasi pelajar perempuan. Persoalannya, apakah bidang diikuti itu mampu memberi pulangan setimpal sebaik tamat pengajian?
Tolak tepi penguasaan dalam bidang kritikal seperti perubatan tapi melihat senario pekerjaan hari ini, dominasi tenaga kerja berprestij atau berkemahiran banyak didominasi pelajar lelaki.
Ini membuktikan sampai tahap tertentu, pelajar lelaki mampu membina kecemerlangan sendiri yang menyamai atau melebihi pelajar wanita.

“Usah gusar jika pelajar lelaki sering ketinggalan. Percayalah bahawa kebolehan setiap pelajar berbeza dan kita ada keistimewaan masing-masing.




0 comments:

Post a Comment