Monday, August 19, 2013

When I Was a Young Boy

E R A  1990 - an

Zaman kegemilangan bagi aku, zaman kanak2 yang hanya kenal erti kegembiraan. Tak pernah sedih, tak pernah kecewa, tak pernah takut, tak pernah stress, tak pernah murung. Ya, memang ada menangis tapi itu sebab jatuh dari papan gelongsor atau mungkin dimarahi mak. Memang ada merajuk tapi itu sebab tak dapat makan aiskrim. Takut? Kena marah memang macam tu. Tajuk entri bukan main bahasa inggerisnya, pendahuluan bak sasterewan negara. Ini semua poyo.
Tak banyak yang aku ingat masa zaman kanak2 dulu, ade masalah memori sikit. Gambar2 yang tinggal je lah perangsang untuk aku ingat balik kenangan lalu. Sekitar tahun 1994 hingga 1997. #throwback

This is my KakLong. Masa ni ada dekat kampung Tronoh, Perak. Beza umur dengan dia setahun aje. Hihi ^^


Thursday, August 15, 2013

Kad Raya versus Teknologi


Sekarang dah 2013 memang banyak perubahan. Semakin maju, semakin laju. Kalau dulu tahun 1990-an, menghantar Kad Raya ni dah jadi macam satu perkara biasa (mainstream) untuk hantar ucapan raya pada rakan2 dan sebagainya. Satu medium untuk berhubung, sebab masa tu teknologi belum berkembang pesat. Okay masuk pada topik teknologi, kalau nak tahu apa itu teknologi, rajin2lah wiki.

Canggih?
Tahun 1990 - 2000