Thursday, August 15, 2013

Kad Raya versus Teknologi


Sekarang dah 2013 memang banyak perubahan. Semakin maju, semakin laju. Kalau dulu tahun 1990-an, menghantar Kad Raya ni dah jadi macam satu perkara biasa (mainstream) untuk hantar ucapan raya pada rakan2 dan sebagainya. Satu medium untuk berhubung, sebab masa tu teknologi belum berkembang pesat. Okay masuk pada topik teknologi, kalau nak tahu apa itu teknologi, rajin2lah wiki.

Canggih?
Tahun 1990 - 2000


Masih ingat tak lagi cell phone ni? Masa aku kecik ayah aku ada pakai satu phone Motorolla yang besarnya macam walkie talkie. Boleh guna untuk buat panggilan sahaja. SMS tak boleh lagi. Dan waktu tu jugak, simcard dia bukannya kecik, tapi sebesar IC mykad tu terus sumbat je kat belakang phone.
Ada satu masa tu, dah agak maju sikit, ayah beli phone yg boleh SMS skali. Kalau tak silap dulu satu SMS RM0.50 . Mahal gila bapak dia kan.
Lepastu dalam era 2000 ke atas macam tu, baru lah ada henset yg canggih sikit. Boleh main game snake, dan seterusnya ke phone yang sudah ada warna. Kira gempak masa tu henset ada warna ni. Boleh poyo kat orang.

Kini 2013
Dah agak maju sikit zaman sekarang ni , henset ada yang touchscreen. Touch dengan tangan. Dulu pun ada touchscreen tapi touch dgn pen yg disediakan je. Maju kan teknologi? Dah boleh MMS, send video, surf internet n social network seperti Twitter Facebook Instagram, boleh weChat Whatsapp. Teknologi begitu kejam menghentam 'the old ways' .
Phone sekarang pun boleh diklasifikasikan seperti Android, Smartphone, Tab, Windows Phone ...
Okay cukup pasal henset. Mari masuk perihal kad raya.

''Anak Dolah makan lepat, Makan lepat sambil melompat, Nak hantar kad raya dah tak sempat, Pakai SMS pun kira ok what?"

Okay dulu famous guna quote ni apabila teknologi sms banyak digunakan. Ramai orang, mungkin takde masa nak tulis kad raya, so hantar guna sms je lah. Aku masih boleh terima lah kalau masa tu. Tapi zaman sekarang ni, menurut pendapat aku lah kan, tak boleh guna dah quote ni. Cuba lihat ini:

''Anak Dolah makan lepat, Makan lepat sambil melompat, Nak hantar kad raya dah tak sempat, Pakai WeChat/ Line/ WhatsApp/ Twitter/ Insta/ Facebook dll pun kira ok what?"

Haa kan nampak tak permainan dia? 'Nak hantar kad raya pun dah tak sempat', padahal memang taknak hantar kad raya pun sebab dah ada teknologi social network semua tu. Ahaha no offense harap maklum. Hanya pendapat sahaja :)

Kad Raya vs Teknologi

>>Kalau guna kad raya, kena guna extra tenaga dan kos sebab nak kena tulis dan menjana idea yang melimpah ruah tak terkata banyaknya, lepastu nak kena pos lagi nak beli setem lagi dan penghantaran kad pun bukan on the spot sampai, tapi delay dalam 3-4 hari. Apa yang bestnya kad raya ni, boleh simpan buat kenangan abadi, itupun kalau reti laa nak simpan kad. Sesetengah orang dah baca, letak tepi je kad tu, lepas tu tercicir. The end of memory lah jawabnya ahaha.

>>Kalau guna teknologi ni teramatlah mudah, kadang2 kalau dah tahap malas sangat tu boleh copy paste and send and receive the same msg again kan. Tak hairan kalau boleh dapat msg yang sama. Dah ada blackberry yang boleh broadcast kat BBM tu lagi senang. Ada pulak twitter, wechat, whatsapp, dan segala IM, on the spot je mesej masuk. Mungkin boleh kita simpan msj2 ni, tapi selama mana kita boleh keep the msg dalam storage phone atau laptop dll? Tiba2 phone hilang, laptop crashed, ter'delete' account facebook atau twitter atau sebagainya sebab nak buat final exam, risaukan mengganggu konsentrasi. Hah. Dunia. Itu cuma kemungkinan sahaja, bukan semua orang begitu. :) . Risaukan perkara remeh, kita takkan maju.


Kad Raya


Daripada Izzham, tahun 2003. Masa ni aku tingkatan 1, sekolah Anderson. Izzham ni kawan baik aku masa sekolah rendah, bila dah form1 dia sekolah tempat lain.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


2004 masa ni aku form 2. Daripada Najua, kawan baik aku masa kat SK Sri Kinta dari darjah 4 sampai darjah 6 kot. Lupa dah :'D
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Daripada sepupu aku kat KL. Nazirul Ikhwan. Dah lupa tahun berapa :')

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni masa aku form 5, tahun 2007. Daripada classmate smk Anderson, 5sc2. Hasnizal Ehsan :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Daripada Najua, 2007 tahun aku SPM jugak :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


2006 . Daripada Najua jugak :'D

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



2008, daripada Fiza, ex-classmate kat KMPh :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Setakat tu yang mampu diupload. Saban tahun, kad raya pun dah berkurangan, ramai orang prefer guna teknologi. Tahun 2013, sekeping kad raya pun aku tak dapat dah. Zaman kejatuhan ni. ahaha :D
Tapi aku akan tetap menghantor kad raya selagi terdaya oh dan juga Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. :'D

~Aidilfitri 2013~


3 comments:

Budak Kampung said...

hahahha..iman je masih menggunakan zaman lama lagi

[H]izami said...

:) me too.
oldschool jugak yg terbaik :'D

Anonymous said...

Sekiranya anda perlu impact yg tinggi dan menghargai jasa2 terdahulu, kad raya fizikal masih penting. Takkanlah hendak menghantar kad email kepada orang2 kenamaan.

Post a Comment